Followers

Thursday 31 May 2012

#1


Pukul 10. Beranda belakang rumah. Ini memang port dia dengan Art melepak sambil bercerita tentang hari yang baru dilalui. Selalunya dia duduk di dalam bilik, dekat dengan tingkap sliding. Tak tahan sejuk malam kalau duduk di luar. Mahu demam dibuatnya. Art pula akan duduk di tembok separas pinggang yang memisahkan rumah mereka. Sambil sedut asap dari rokok yang dicuri-curi beli dengan duit belanja sekolah, Art yang akan selalu memulakan sesi berbual. Lelaki itu, dasarnya nampak pendiam. But truth to be told, mulut Art lebih ramah dari mulut dia.
Tapi malam ini, dah hampir 15 minit dia duduk di atas tembok itu tanpa berkata apa-apa. Mata dari tadi asyik renung langit. Takut juga dia kalau Art tiba-tiba jadi bisu.
“You know smoking is not good for the health, right?” Soal dia dalam nada sarkastik yang paling minimum. Rasanya dah berpuluh kali dia sound Art pasal benda ini. Tapi lelaki itu tetap ulang benda yang sama. Volume laptop yang sedang memainkan playlist Keane direndahkan senada.
Yeah, so?”
Dia hela nafas lega tanpa sedar. Alhamdulillah, belum bisu lagi kawan aku ini.
“So, kalau kau tak nak jaga paru-paru kau, at least protect my lungs. Angin kat luar tu tolak asap  tu masuk bilik aku, bro!” Dia tinggikan suara.
Art senyum segaris. Batang rokok di tangan dicucuh ke tembok sebelum dimasukkan ke dalam kocek seluar. Student kalau merokok memang gaya itu. Kena berjimat cermat. Beli rokokkan tak termasuk dalam belanjawan bulanan dari mama dan ayah.
“What’s up?” Tanya dia selepas beberapa ketika. Tak betah pula bila masing-masing diam begini.
“What do you mean?” Art angkat kening sebelah. Konon-konon tak faham maksud pertanyaan dia.
“Seriously? Nak buat loyar buruk dengan aku waktu macam ini?”
Art ketawa besar. “Rilekslah In. Nak manja-manja pun tak boleh.”
“Nak manja-manja, pergi cari Makcik Salha. Dengan aku, jangan nak mengada!” Medina jawab selamba. Makcik Salha, mama Art. Jadi memang wajiblah dia bermanja dengan wanita itu. Medina buka buku Sejarah depan mata. Baik dia buat revision.
“In.” Art seru nama dia perlahan selepas beberapa saat berlalu.
Medina angkat kepala. Kening diangkat kedua belah. Matanya bertanya.
“I think I’m in love.”
Medina ketawa kuat. Buang tabiat ke apa kawan aku ni?
“Seriouslah weh! Jangan gelak boleh?” Art dah tarik muka.
Ketawa Medina makin kuat. Buruk sangat kalau kawan dia ni merajuk. Walaupun muka itu dikategorikan dalam kumpulan orang-orang kacak kalau menurut budak-budak sekolah dia, tapi bagi Medina, Azad a.k.a Art, hanyalah seorang Art. Kawan baik dia di dunia ini dan Insya-Allah, untuk akhirat juga.
Art turun tembok dan berjalan ke arah tingkap dia. Terus ketawa Medina mati. Ini dah lebih had. Ikut perjanjian mereka, had Art hanya di tembok itu sahaja. Kalau nampak dek orang kiri kanan, mahu kena kahwin paksa mereka berdua.
Medina menjauhkan diri dari tingkap.
“Eh…eh…ini dah langgar syarat. Go back to your tembok!”
Langkah Art terhenti. Baru sedar yang dia sudah melanggar janji. Tapi dia tak segera kembali ke temboknya. Muka Medina direnung dengan wajah tak puas hati.
“Why did you laugh?”
“Because it’s funny.”
“Your best friend is falling in love and you think it’s funny?”
“Ain’t it?”
Art geleng kepala lalu bergerak semula ke arah temboknya.
“Kau sepatutnya jadi kawan baik aku yang baik.” Ujar Art mendatar. Dia melompat tembok masuk ke beranda rumah dia.
“Memanglah aku kawan baik kau yang baik!” Tempelak Medina.
“Then why the hell did you laugh?”
Medina mengeluh. “Come on, Art. We’re what, 17? How the hell can you say you’re in love? In fact do you even know what that word means?”
17…70… what difference does it makes? Age is just a number, kan? And for your info, Cik Medina Aisha, yes, I do know what that word means. I’ve been feeling it all my life!”
Medina diam sejenak. “Kau serius?”
Art senyum tawar. “As serious as a heart attack.”
Medina telan liur. Tiba-tiba ada rasa kurang senang menjentik tangkai hati. Dia pandang wajah Art dalam-dalam. Ada sesuatu di wajah lelaki itu yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Atau adakah kerana mereka sudah sentiasa bersama jadi dia tidak pernah nampak cahaya bahagia di wajah kawannya itu?
“Who?”
Art tarik nafas dalam. “A girl.”
Dia angkat kening sebelah. “Art!” Dia tahulah dengan perempuan. Itu kalau tak diberitahu pun dia sedia maklum. Lainlah kalau Art ini songsang orangnya.
Art ketawa kecil. “Nur Syafiqa.”
Medina kerut dahi. Kepala cuba memproses nama yang baru disebut Art. Dia memang fail kalau bab mengingat nama dan wajah orang ini. Lagipun dia bukannya berkawan dengan ramao orang di sekolah itu. Pusing-pusing hanya muka Art, Kekna, Bard, Zazau dan Roy sahaja yang dia ingat.
“Do I know her?” Tanya Medina polos. Baik mengaku dia tak kenal dari berpura-pura.
Art pandang wajah dia sambil ketawa. Art memang maklum sangat dengan perangai Medina yang tak cam wajah orang itu. Agaknya kalau ditakdirkan mereka terpisah lama, muka dia pun Medina boleh lupa. Bila mengenangkan kemungkinan itu, hati Art jadi tak senang. Entahlah. Dia rasa dia takkan boleh nak terima kalau benda itu betul terjadi. Kalau boleh dia mahu sentiasa ada dalam fikiran dan hati Medina. Wahai Muhamad Azad, kenapa pula nak fikir benda-benda macam ini?
“Art, do I know her?” Tanya Medina sekali lagi.
“Tak kot.”
“Kelas apa?”
“4 Mars.”
“Junior?” Bulat mata Medina.
“Yup.”
“Since when?” Dia perlu tahu jawapan itu. Setahu dia, Art sentiasa bersama dia. Kalau tak pun Art akan melepak dengan Bard dan Roy di Bistro 2 buat jamming session. Bila masa pula dia berkenalan dengan budak Nur Syafiqa itu?
“A few months.”
Medina terkejut. Sungguh dia tak sangka, dah berbulan-bulan kawan baik dia berkenalan dengan seorang perempuan tanpa pengetahuan dia. Hati dia sedikit terusik. Sampai hati Art rahsiakan perkara macam ini dari dia. Tak penting sangatkah dia dalam hidup Art. Tubir mata tiba-tiba rasa panas.
“Dah a few months baru aku tahu? Sampai hati kau.”
Art melepaskan keluhan yang panjang. “Sorry. Mula-mula aku ingat saja nak kawan-kawan. Tapi entah macam mana, terjatuh suka pula.”
Sorry. Senang aje Art sebut perkataan itu. Hati dia ni sudah remuk kecewa dah. Art boleh cakap, sorry je? Medina mengadah siling. Cuba tahan air mata dari jatuh.
“She’s perfect in every way, In. Cantik. Baik. Caring. Lemah lembut. I think I’m falling for her.”
Kalaulah dia buah tembikai sekarang ni, rasanya dah berkecai akibat dihempas. Hati rasa sakit yang amat. Semua yang Art cakapkan tadi tu, sangat opposite dengan dia. Patutlah dia tak pernah nampak Medina selama ini.
“In.” Art seru nama dia.
Mata dia dah mula berkaca. Dia pandang wajah Art yang nampak kabur-kabur. Mujur gelap. Kalau tidak mesti Art nampak air mata yang bergenang.
“Medina, I think I’m in love. Help me?”
Tekak dia terasa perit. Dadanya terasa berat. Tangan diangkat lalu diletak ke atas dada. Sakit! Saat itu telinganya menangkap bait lirik dari playlist Keane yang sedang terpasang di laptop.
Something in me was sinking
Cause my heart was as heavy as stone
Yup. Double whammy to Keane. Dia memang sedang tenggelam. Tenggelam dalam perasaan yang baru disedarinya.

No comments:

Post a Comment