Followers

Wednesday 6 June 2012

#2


Medina pandang satu persatu wajah yang ada di perkarangan sekolah. Yang bertudung, yang tidak bertudung, yang cantik, yang tidak cantik, semuanya menjadi perhatian dia. Hati dia menggaru-garu hendak cari siapa Nur Syafiqa.      
“Assalamualaikum…”
Medina pandang kanan. Dia mengangguk ke arah gadis bertudung biru yang mendekatinya. “Waalaikumsalam…”
“Awal kau sampai pagi ni?” Tanya Kekna, gadis bertudung biru tadi merangkap Asisstant Prefect No.1  sekolah.
“Dah tak larat nak tengok nama aku penuh dalam note book jaga pintu pagar sekolah tu.”
Ketawa Kekna pecah mendengar alasan Medina. Boleh makan hati kalau Weng Kit, pengawas junior yang dipertanggungjawabkan bertugas di pintu pagar sekolah itu dengar dia dipanggil jaga pintu pagar oleh Medina. Tapi nak salahkan Weng Kit tak boleh. Budak tu cuma menjalankan amanah. Yang salah Medinalah. Sebab selalu tiba 5 minit selepas loceng pertama berbunyi.
“Seorang je?” Kekna pandang kiri kanan, mencari-cari wajah kembar siam tak sama muka Medina. Siapa lagi kalau bukan Art. Selalunya di mana ada Medina, di situlah ada Art dan vice versa. Tapi pagi ini, cuma muka Medina yang nampak di kantin ini.
“Art mana?” Kekna tanya.
Don’t know.” Ringkas jawapan Medina. Bukan menipu, itu hakikat. Memang dia tak tahu mana Art. Tadi masa buka pintu pagar dia terserempak dengan Makcik Salha yang tengah buang sampah. Makcik Salha sendiri terkejut tengok dia masih ada di rumah sebab katanya Art dah keluar awal lagi. Makcik Salha ingat mereka dah ke sekolah bersama.
“Gaduh, eh?” Kekna cuba menebak.
Medina jungkit bahu. Soalan Kekna dibiarkan tanpa jawapan sebab dia sendiri tak ada jawapan. Gaduh dengan Art? Entahlah. Semalam lepas Art merayu-rayu suruh dia tolong, dia buat muka derk lepas tu terus cakap good night. Bukan dia sengaja. Air mata memang tunggu masa nak tumpah saja masa itu. Sebab itu Art merajuklah agaknya.
Medina terus memandang pelajar-pelajar yang sudah makin ramai membanjiri perkarangan sekolah. Siapalah antara ramai-ramai itu pemilik nama Nur Syafiqa? Agak-agak, Kekna tahu tak?
“Kekna, question.”
What’s up?” Kekna duduk di sebelah dia. Wajah Medina yang putih mulus itu dipandang dalam.
Who is Nur Syafiqa?” Medina pandang wajah Kekna.
Wajah Kekna bertukar rona. Hati mula tak tentu arah. Takkan dia orangnya yang kena break the news? Saat ini hati dia menyumpah-nyumpah Muhamad Azad.
Melihat wajah Kekna yang dah lain macam, Medina tahu ada sesuatu yang disembunyikan kawan rapatnya itu. Rasanya tak perlu jadi genius untuk tahu apa yang disembunyikan. Tak syak lagi, Kekna kenal siapa Nur Syafiqa dan Kekna tahu apa significance nama itu dengan dia.
“You knew?”
“In…”
“Sejak bila?”
“Err…”
“Am I the last person to know? Bard, Zazu and Roy also know, right?”
“Bard and Roy aku tak tahu. But Zazu and me…”
So betullah korang dah tahu?” Suara Medina dah mula serak. Kecil hati, kecewa dan marah bercampur baur. Sampai hati kawan-kawan dia buat dia macam ini.
“In, listen. Aku dengan Zazu know by accident. Actually we both don’t really know what the hell is going on between those two. Sebab itu kami diam je.”
“BS lah Kekna!” Tempelak Medina. Bukan senang nak dengar Medina Aisha menyumpah melainkan kalau dia tengah marah teramat sangat. Ini kalau mama dengar memang sure mulut kena cili.
In! I swear ok. Aku dengan Zazu terserempak dengan diaorang masa dekat mall hari tu. Mulanya kami ingat mereka terserempak secara kebetulan. Tapi…” Kekna ketap bibir. Takut pulak ayat seterus dia akan mengecilkan lagi hati Medina.
Medina angkat kening sebelah. Trademark dia kalau malas hendak bersuara.
“Masa kami ke toilet, we bumped into that girl. We had a chit chat and masa tu lah dia mention yang dia ke mall tu dengan Abang Art.” Sengaja dia tekankan perkataan abang yang jadi peneman nama Art di bibir Nur Syafiqa.
Medina senyum tawar. Dah ada pengakuan macam itu, boleh lagi Kekna kata they don’t know what the hell is going on between those two? Mental ke apa kawan-kawan dia ini?
“In…”
“What?”
“Kecik hati?”
“Quite.”
“I’m sorry?”
“Benda dah jadi.”
Kekna mengeluh. Tahu sangat yang Medina jauh hati dengan apa yang berlaku. Mungkin salah dia dan Zazu sebab tak beritahu awal-awal. Tapi sungguh, dia sendiri tak tahu hujung pangkal hubungan Art dengan Nur Syafiqa. Jadi, apa yang hendak diberitahu pada Medina? Kalau salah cakap, bukankah nanti jadi fitnah?
“Is she really that perfect?” Tanya Medina perlahan. Tapi masih jelas bunyinya di telinga Kekna.
Kekna kerut dahi. “What do you mean?”
She’s perfect in every way, In. Cantik. Baik. Caring. Lemah lembut. That’s what Art told me. He’s falling for her.”
Kekna diam. Tak tahu apa jawapan yang patut diberikan. Kalau part cantik tu, memang dia akui, budak itu memang cantik. Tapi part baik, caring lemah lembut tu semua, dia tak tahu. Dia bukan kenal sangat budak Nur Syafiqah itu. Sekali dua saja mereka pernah terserempak. Dan pertama kali bercakap pun masa di mall hari tu.
“Memang cantik…” Tiba-tiba Medina bersuara.
Kekna toleh pandang Medina. Mata Medina sedang ralit memandang sesuatu di hadapannya. Kekna tala pandangan ke arah yang sama. Hampir terjatuh rahang melihat pasangan yang menjadi perhatian Medina. Art dan seorang gadis cantik sedang berjalan beriringan menuju ke arah mereka.
“Patutlah dia keluar awal. Dah ada janji nak datang dengan orang lain rupanya.” Suara Medina dah macam orang jauh hati. Tapi siapa-siapa pun rasanya akan jauh hati kalau kawan baik sendiri buat macam itu.
“Good morning!” Sapa Art. Gadis di tepi dia tersenyum mesra.
            Medina balas dengan senyum segaris. Kekna buat muka kelat. There’s nothing good about this morning, Inche Art!
            “Selamat pagi, Kak In. Kak Aziana.” Sapa Syafiqa.
            “Err…selamat pagi.” Balas Kekna selepas beberapa saat sapaan itu dibiar tanpa bersahut.
            Awkward silence. Masing-masing pandang memandang antara satu sama lain. Dia tunggu orang sana mula bercakap. Orang sana tunggu orang sini mulakan dulu.
            “Kak In, sihat?” Akhirnya Syafiqa yang mula bersuara. Itu pun soalan yang ntah-apa-apa-ntah. Kalau tak sihat, takkan dia ke sekolah Fiqa! Muka tetap dimaniskan walaupun hati dah main gendang kuat bila tengok muka Medina yang dah macam merah semacam.
            “Medina.” Ujar Medina mendatar.
            Syafiqa buat muka blur. Wajah Art yang mendung semacam di sebelah dipandang sejenak.
            “It’s Medina to you!” Kata Medina lagi. Menyampah pula dia melihat wajah terpinga-pinga Syafiqa.  
            “In!” Akhirnya Art kembali bersuara. “Apa hal pagi-pagi nak cari pasal ni?” Suara Art dah naik satu oktaf.
            “Apanya?” Soal Medina kerek semacam. Saja nak bakar perasaan Art sebab perasaan dia sendiri tengah terbakar sekarang. Sedap mulut budak tu je nak panggil dia In. Bukannya dia dengan budak tu kawan pun sebelum ni. Nama In tu hanya beberapa orang terpilih sahaja yang boleh panggil.
            Art pandang Medina tanpa perasaan. Medina balas pandangan dengan rasa yang sama. Kalau nak cari pasal, biar sampai berantakan betul. Gaduh sekerat jalan bukan cara Muhamad Azad dan Medina Aisha.
            “Err…Abang Art…”
            “In…”
            Syafiqa dan Kekna bersuara serentak memanggil manusia di tepi masing-masing. Pagi-pagi kalau dah mula macam ni, konfem sampai ke petang aura tegang tu akan sentiasa bersama mereka. Yang jadi mangsa orang-orang kat sekeliling yang tak berdosa.
            “Kringggg…” Bunyi loceng kedengaran.
Save by the bell. Getus hati Kekna sambil menghela nafas lega. Cepat dia tarik tangan Medina menuju ke tapak perhimpunan. Sempat dia senyum pada Syafiqa, sebagai tanda meminta maaf atas kejanggalan yang berlaku. Pada Art, hanya jelingan yang diberikan. Pandai kaulah Art. Siapa suruh cari pasal.

No comments:

Post a Comment